Isnin, 23 April 2012

teks ucapan perhimpunan mingguan

hari ini mama ju ditugaskan jadi "mc"....perhimpunan mingguan sek...
kalut betui rasanya..walaupun tiap2 hr tugasnya bercakap ngan bebudak  SKTM...tp tetap rasa gabra!!!
ate kenaler mama ju siapkan notenya bg mengelakkan kekeringan idea dan  sampai ke sekolah cpt...6.45pagi dah sampai cpt tak?heee


teks ucapan ini terhasil dari pembacaan bloger...kredit kepada mereka....... :)


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam sejahtera.

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN
Nota :
1. Arahkan pelajar beratur mengikut kelas.
2. Arahkan beg diletakkan disebelah kanan.
3. Arahkan pelajar untuk diam, meluruskan barisan dan bersedia.

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha  Guru Besar, Hj AB Rahim b Majid,
Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) Pn Asiah - PK Pentadbiran.
.2) En. Jeffry - PK Hal Ehwal Murid
.3) Pn. Chua - PK Kokurikulum.
 En Noor Akmal…guru2 ,kakitangan sokongan dan murid-murid sekalian


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan inayah NYA, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi yang indah ini.


DOA
Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini marilah  kita menadahkan tangan megaminkan doa yang akan disampaikan oleh adik…………………………..
Terima kasih diucapkan kepada adik …. atas bacaan doa itu tadi..Mudah-mudahan Allah memakbulkan doa kita semua.

NYANYIAN DAN IKRAR.
Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu NEGARAKU, lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Selepas itu, bacaan ikrar akan diketuai oleh _____________.


Terima kasih kepada guru-guru dan para pelajar atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan pelajar dipersilakan duduk.


Para guru dan murid sekalian,

Pastinya kita tidak lupa untuk mendengar laporan daripada guru yang bertugas pada minggu lepas. Justeru majlis dengan sukacitanya menjemput ketua guru bertugas pada minggu lepas iaitu Cikgu ………………………………………….untuk menyampaikan laporan beliau..
Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Terima kasih pada Cikgu…………………………………………… atas laporan itu tadi.Kepada murid2 sekalian, Semoga dapat memperbaiki kesilapan yang telah kita lakukan demi memastikan kelancaran  pengurusan disiplin demi  kecemerlangan SK TAMAN MEDAN

SLOT PELAJAR
Majlis diteruskan dengan Slot Pelajar.Dipersilakan murid2 pra sekolah drpd PRAWAJA untuk membuat persembahan .Persembahan ini telah dipimping oleh  cikgu rosnita dan cikgu raihana…

Taniah diucapkan kerana murid-murid PRAWAJA…
……………………………………………………………………
Seterusnya majlis menjemput cikgu Faridah Bt Abdulah Ali untuk membuat  beberapa pengumuman berkenaan Minggu Pendidikan Islam.Diharapkan murid-murid Bukakan mata ,bukalah minda sekaligus memberi perhatian  kepada beliau
.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Faridah atas pengumuman yang disampaikan.
……………………………………………………………………
Seterusnya pula majlis menjemput ,……………………………………. ,penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan pengumuman beliau berkenaan aktiviti kokurikulum yang telah dan akan berlangsung pada minggu ini.Dipersilakan.

Majlis mengucapakan terima kasih kepada ……………………………………………….Sepertimana harapan sekolah ,mengharapkan murid-murid bersemangat untuk mengikuti segala aktiviti yang direncanakan oleh pihak sekolah kepada kami.
……………………………………………………………………
Para guru dan rakan sekalian,
Detik yang kita tunggu-tunggu pada saban minggu sememangnya tidak lain dan tidak bukan adalah amanat dan nasihat yang akan disampaikan oleh insan yang kita semua sayangi iaitu  guru besar.Justeru tanpa membuang masa,majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha, En ………………………………….untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala horrmatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada guru besar kita,………………………. yang kita sayangi...
Terima kasih daun keladi
minggu depan kita dengar lagi...

……………………………………………………………………
Perhimpunan kita sampai dipenghujungnya, sebelum bersurai, ada beberapa pengumuman yang ingin saya sampaikan ;

.1) Guru bertugas pada minggu ini ialah encik/puan
Saya Cikgu Nur Junita/Cikgu Roslan Hamad/Cikgu Fadiha/cikgu Yusrizal/Cikgu Zanuwar
dan Cikgu Siti Mariah

.2) ____________________________________________________________
.3) ____________________________________________________________
……………………………………………………………………

BERSURAI.
Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, Mohon ampun dan maaf andai ada keterlanjuran kata atau susunan bahasa dan kekurangan itu datangnya dari saya sendiri..
Sekian...Jumpa lagi diminggu hadapan.
Mohon murid semua berbaris mengikut kelas masing-masing dan bergerak masuk ke dalam kelas dengan pantas dan senyap.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera.
# UCAPAN GURU (JIKA ADA)

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Encik/Pu
Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _____________________________

 Majlis dengan hormatnya mempersilakan………………

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itutadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan