Rabu, 23 Mei 2012

Raja Muda of Perak, Most beautiful royal couple ♥









gorgeous family! Most beautiful royal couple ♥
Raja Dr Nazrin Shah & Raja Puan Besar Perak, Tuanku Zara Salim

Selasa, 15 Mei 2012

Guru Oh Guru – Usman Awang 2012






SELAMAT HARI GURU

Guru Inovatif Penjana Transformasi Pendidikan Negara






 Guru Oh Guru – Usman Awang
Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979





untuk guru-guru yang seluruh MAlaysia

Khamis, 10 Mei 2012

Kelebihan Sujud

mama ju ingat lagi salah satu episod "Al Zikro" radio KL
 pukul 6.45pg setiap hari(Isnin-Jumaat)

Kuala Lumpur Radio Stations - Listen Online



cerita tentang kelebihan bersujud...
(jadi sebelum mama ju lupa.. baik mama ju tulis)


kajian yang dilakukan oleh pakar sains 

sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.


Berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang :






1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.


2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.


3. Melegakan sakit hernia.


4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.


5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.


6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.


7. Meringankan bahagian pelvis.


8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.


9. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.


10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.


11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.


12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin. Organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).


13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.


14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.


15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak takbur dan sebagainya.


16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.


Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.



Sumber Rujukan: 16 Kelebihan Sujud Ketika Solat